Sempena Bulan Kemanusiaan tahun 2012, Panitia Geografi telah mengorak langkah yang lebih kreatif dengan mengadakan pertandingan mencipta Bahan Maujud. Pertandingan ini telah berjaya mencungkil bakat dan kebolehan murid dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat memberi fahaman yang lebih jelas dalam pembelajaran dan pengajaran dalam subjek ini. Tahniah kepada Ketua Panitia Geografi, Puan Nur Shafawati binti Shamsudin dan dibantu oleh Cik Katijah yang telah menjadi pendorong kepada murid-murid menghasilkan satu bahan yang boleh dimanafaatkan dalam pembelajaran di kelas. Semoga ini menjadi pembuka minda kepada semua rakan guru untuk memikirkan idea lain yang lebih baik bagi memberi peluang dan ruang yang lebih luas kepada murid menunjukkan bakat mereka seterusnya dapat meningkatkan prestasi serta minat murid dalam mata pelajaran berkenaan. Kepada kumpulan murid yang telah berjaya menghasilkan bahan tersebut di antaranya kumpulan Nurul Fikrah (1KAA) Azmin (1KAA), Alya Syafikah (2KAA) Nur Mazlin Fateha (1KAA). Nurul Aini (1KAA), Nurul Farah (2KAA), Raja Zikri (2KAA) dan Eyzan Haikal (2KAA) serta murid-murid lain yang tidak dapat disenaraikan nama mereka di sini, tahniah untuk anda dari GKMP Kemanusiaan.
![]() |
Peringkat sungai |
![]() |
pinggir pantai |
![]() |
Pola petempatan |
![]() |
pola petempatan |
![]() |
peringkat sungai |
![]() |
pola petempatan |
![]() |
Pinggir laut |
![]() |
Pola petempatan |
![]() |
Banjaran dan Tanah Tinggi |
No comments:
Post a Comment