" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Monday, August 13, 2012

Laporan aktiviti amali zakat. Jom berzakat




         ZAKAT merupakan rukun Islam yang ketiga dan wajib dilaksanakan. Alhamdulillah SMK Seri Selayang telah berjaya melaksanakan amali zakat bersama amil jemputan Ustaz Shaifuna Amri bin Zahari daripada Masjid Almaniah pada 13 Ogos 2012. Penerangan berkaitan zakat dan amali zakat telah berjaya dijalankan. Murid-murid berpeluang membayar zakat untuk diri mereka persediaan sebagai orang Islam yang bertanggungjawab menunaikan rukun Islam. Aktiviti yang julung-julung kalinya ini boleh diteruskan pada masa-masa akan datang agar dapat melahirkan umat Islam yang sejati. Guru-guru juga tidak melepaskan  peluang untuk menunaikan zakat bersama. Tahniah kepada semua guru yang terlibat terutama guru-guru Pendidikan Islam di bawah pimpinan Ustazah Najwa. Semoga akan banyak lagi usaha dan program dilaksanakan  ke arah melahirkan modal insan yang soleh dan solehah.AMIN


Ustaz Tuah sebagai pengacara majlis
Amil jemputan Ustaz Shaifuna Amri
Guru juga tidak melepaskan peluang menunaikan zakat.
Cikgu Barlia sedang membacakan akad zakat

Doa dibaca selepas selesai membayar zakat.
Semoga amalan zakat diterima Allah,ameen
Murid perempuan juga tidak ketinggalan



No comments:

Followers