" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Wednesday, October 16, 2013

Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2014


Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2014 secara online. Majlis Amanah Rakyat mempelawa calon PMR yang layak untuk mengikuti program Maktab Rendah Sains Mara mulai tahun 2014. Berikut adalah cara permohonan bagi MRSM Semenanjung Malaysia dan juga Sabah/ Sarawak. Untuk pengetahuan, syarat kelayakan kemasukan ke MRSM bagi Sabah/ Sarawak dan Semenanjung adalah berbeza.

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2014 (Semenanjung Malaysia)
Syarat Umum Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.

2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains

Cara Buat Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014 (Semenanjung Malaysia)

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 29 September hingga 18 Oktober 2013.

2. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut dilaman http://www.mara.gov.my/

3. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2013, semasa mendapatkan kata laluan.

4. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

5. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2014)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 25 hingga 29 Nov 2013.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.

NOTA:
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Minimum MRSM 2014 Semenanjung Malaysia
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2013.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)

Tarikh Tutup permohonan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia
1. Tarikh tutup adalah pada 18 Oktober 2013.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2014. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga
30 April 2014 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

No comments:

Followers