" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Sunday, July 14, 2013

Bingkisan Ramadhan 2013


Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang penuh hikmah dan keberkatan. Alangkah beruntungnya kita sekiranya setiap detik nafas kita di bulan ini dipenuhi dengan niat baik seterusnya melakukan seberapa banyak amalan kebaikan kerana Allah. Semoga segala usaha kita dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.   
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam ke empat. Semua orang Islam wajib menunaikannya.
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Bagaimanakah niat puasa ?


Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.

Apakah perkara yang membatalkan puasa?
  • ·  Berniat berbuka puasa
  • · Makan, minum dan bersetubuh pada siang hari dengan sengaja.
  • · Muntah dengan sengaja.
  • · Melihat bulan Syawal.
  • · Keluar darah haid dan nifas.
  • · Mengeluarkan mani dengan sengaja pada siang hari. Jika bermimpi tidak batal puasanya.
  • · Bersalin.
  • · Hilang akal disebabkan mabuk atau gila.
  • · Murtad yakni keluar daripada Islam.
Apakah perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa?
  • ·         Berkumur-kumur dan menggosok gigi setelah gelincir matahari.
  • ·         Memasukkan air kedalam hidung secara berlebih-lebihan.
  • ·         Mengeluarkan kata-kata yang kotor dan sia-sia.
  • ·         Memandang dan mencium bunga atau bau-bauan.
  • ·         Berbekam jika berbekam itu melemahkan badan.
  • ·         Merasa makanan dengan lidah.
  • ·         Mengunyah benda keras yang tidak boleh hancur seperti gelang getah.
Apakah perkara yang dibolehkan ketika puasa?
  • ·         Menyelam dalam air dan membasahkan kepala asalkan air tidak masuk ke perut.
  • ·         Bercelak dan menitiskan ubat ke dalam mata.
  • ·         Mencium isteri bagi yang boleh mengawal nafsunya. Begitu juga dibolehkan memegang tangan dan memeluk isteri dalam bulan puasa asalkan dapat mengawal nafsunya.
  • ·         Suntikan ( injection ) .
  • ·         Memasuki Subuh dalam keadaan junub. Wajib mandi junub sebelum menunaikan solat subuh.
  • ·         Perempuan yang sudah berhenti haid dan nifas pada malam hari di bulan  puasa, boleh melambatkan mandi sehingga Subuh.
Apakah perkara yang disunatkan ketika puasa?
  • ·         Segerakan berbuka.
  • ·         Berbuka dengan buah tamar ( kurma ) atau sesuatu yang manis.
  • ·         Melambatkan makan sahur.
  • ·         Menjauhi perkara-perkara yang kotor.
  • ·         Mengerjakan solat tarawih pada tiap-tiap malam bulan Ramadan.
  • ·         Berdoa dan berzikir pada setiap malam .
  • ·         Tadarus ( membaca ) Al Quran sepanjang bulan Ramadhan.
  • ·         Iktikaf dalam masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
  • ·         Memperbanyakkan sedekah.



Tingkatan orang yang berpuasa
  • Puasa golongan awam : orang yang hanya menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh sahaja.
  • Puasa golongan Ahlul Khawas : orang yang menahan dirinya dari makan dan minum serta syahwatnya kerana Allah dengan mengharapkan keampunan dan syurga atau terhindar daripada neraka.
  • Puasa golongan Ahlul Makrifat : orang yang menahan diri dari makan dan minum serta syahwat juga menahan hati dan segala pancaindera daripada segala yang tiada disukai Allah kerana semata-mata mengharpkan keredhaan Allah sahaja.
Apakah doa berbuka puasa?

 
Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa, dan denagn Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
( rujukan :asas-asas fardhu ain, Ustaz Sulaiman Endut : 2006 )
Selamat Berpuasa kepada warga SMK Seri Selayang!!
Biro Penerbitan Suaru Al Ikhlas SMK Seri Selayang 2013.

No comments:

Followers