" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Monday, July 8, 2013

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

ALHAMDULILLAH,  Segala Puji Bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat kepada kita terutamanya nikmat Islam. Dengan nikmat Islam ini kita menjadi ummat yang mulia kerana itu merupakan janji Allah kepada hambaNya yang beriman.
 Sempena kedatangan Bulan Ramadhan tahun 1434 H bersamaan 2013 marilah kita menyiapkan diri kita dengan ilmu berkaitan ibadah ini agar ia menjadi ibadah kita yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini. Mulakan dengan membaca buku dan merujuk hukum-hakam yang berkaitan yang mungkin kita terlupa atau memang tidak tahu agar ibadah yang akan kita jalani bukan sekadar ikut-ikutan tetapi menjadi tarbiyah yang berkesan pada jiwa nurani kita. Kepada anak anak SMK Seri Selayang, ayuh kita berazam untuk memenuhi Ramadhan kali ini dengan melengkapkan solat kita setiap hari. Murid-murid sesi pagi boleh melakukan tadarus Al-Quran sebelum pulang ke rumah sambil menunggu waktu zuhur,selepas solat zuhur anda pulanglah dengan telah melengkapkan tanggungjawab anda sebagai ummat Islam.  Manakala murid-murid sesi petang datang awal ke sekolah dan terus ke surau untuk bertadarus. Mari kita mengimarahkan lagi surau Al-Ikhlas yang sudah disediakan untuk anda beribadah di dalamnya. Kepada guru-guru Islam,mari kita amalkan konsep "AJAR DAN AJAK" iaitu selepas kita ajar mereka semua perkara kebaikan, sekarang kita ajak mereka untuk mengamalikan semua ajaran tersebut. 
Semoga semua ini menjadi amal jariah dan pencen kubur kita selepas ketiadaan kita kelak, In Sha Allah. Selamat berpuasa.

Ikhlas daripada GKMP Kemanusiaan
Hajjah Masni binti Zawawi

No comments:

Followers