" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Friday, March 1, 2013

MINGGU BIDANG KEMANUSIAAN BERSAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PROGRAM NILAM

PN HAJJAH MASNI - GKMP KEMANUSIAAN

Pada tanggal 25 Feb 2013,telah tercatat dalam tinta sejarah SMK Seri Selayang peristiwa pelancaran Minggu Bidang Kemanusiaan bersama Pusat Sumber Sekolah dan Program Nilam. Gabungan ketiga-tiga program ini yang julung-julung kalinya dilaksanakan bertujuan menjalin kerjasama yang erat antara Bidang Kemanusiaan dengan Pusat Sumber Sekolah. Sudah pastinya Bidang Kemanusiaan yang luas dan disertai paling banyak panitia di dalamnya mahu menjadikan Pusat Sumber Sekolah nadi ilmu yang dimanafaatkan oleh semua warga SMK Seri Selayang. Dengan keperihatinan Tuan Pengetua En Samsuki bin Sudin menyaksikan Pusat Sumber Sekolah telah berubah cuaca dan wajah. Suasana yang lebih kondusif dengan kemudahan penghawa dingin serta susun atur buku yang lebih kemas dan teratur menjadikan Pusat Sumber Sekolah tempat yang patut dikunjungi oleh semua warga sekolah. Kesempatan ini sangat wajar diambil oleh  Bidang Kemanusiaan untuk memajukan semua subjek di dalamnya melalui program bersama Pusat Sumber Sekolah.  Setinggi-tinggi terima kasih  diucapkan kepada semua guru dalam Bidang Kemanusiaan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam semua aktiviti sepanjang minggu ini. Terima kasih juga dari saya, Pn Hajjah Masni binti Zawawi,selaku GKMP Kemanusiaan,  untuk pihak Pusat Sumber Sekolah yang diterajui oleh Pn Fatimah Zahrah kerana memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program bersama.  Juga ucapan terima kasih kepada semua anak-anak SMK Seri Selayang yang turut serta menunjukkan minat yang tinggi dalam menyertai semua aktiviti yang telah dijalankan. Sesungguhnya ,anda, anak-anak SMK Seri Selayang merupakan warga negara yang hebat dan bakal menjadi mempimpin negara pada satu masa hadapan. In Sha Allah.

GAMBAR GAMBAR SEKITAR HARI PELANCARAN

SEMPURNA PELANCARAN
Barisan Ketua-ketua Panitia Bidang Kemanusiaan yang berdedikasi
PANITIA AGAMA ISLAM - PN HAJJAH NAJWA

PANITIA SEJARAH - PN LILA
PANITIA PENDIDIKAN SENI - PN TUTY

PANITIA GEOGRAFI - EN ISMAIL

SHAH RAZAQ PENGERUSI MAJLIS


PANITIA MORAL- CIK DURGA


PANITIA SIVIK - PN LAWIYAH

PANITIA EKONOMI ASAS -PN SARIZA

PANITIA PJPK - EN ZAFORLAH


BARISAN UTAMA YANG MENJAYAKAN PELANCARAN

PENYAJAK BERBAKAT ATIKAH DAN SHAZWANA

KUIZ GEOGRAFI

Pn Azwa mengendalikan kuiz Geografi

No comments:

Followers