" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Saturday, October 13, 2012

KURSUS ASAS ICT DAN 1BESTARINET

Alhamdulillah pada 13 Oktober 2012, Jawatankuasa Latihan Sekolah yang diketuai oleh Pn Hajjah Sharizan dan semua ahlinya telah berjaya mengendalikan 2 kursus yang sangat penting bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru SMK Seri Selayang iaitu Kursus Asas ICT dan kursus FROG VLE 1BESTARINET. Kursus Asas ICT telah disampaikan oleh En Nik Azrul,pakar ICT di SMK Seri Selayang. Terima Kasih diucapkan pada En Nik Azrul yang telah berkongsi kepakaran beliau berkaitsn komputer. Sesi ini berakhir dengan aktiviti soal jawab scara sepontan yang telah menyaksikan guru-guru SMK Seri Selayang sangat berminat dengan maklumat yang telah disampaikan. Tahniah kepada mereka yang telah dapat menjawab soalan kuiz dengan tepat. Kursus kedua ialah kursus FROG VLE 1BESTARINET yang telah disampaikan oleh Pn Nor Azlina. Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Guru-guru SMK Seri Selayang telah berjaya mendapat maklumat berkaitan melalui kursus ini. Walaupun terdapat sedikit kesukaran yang terpaksa dilalui semasa kursus ini,kebanyakan guru berjaya mengaplikasikannya semasa kursus berlangsung. Mana-mana guru yang masih kurang maklumat berkaitan kursus ini, En Nik Azrul akan menghantar bahan kursus terus ke email semua guru. Sila buka,baca dan terokai maklumat berkenaan agar guru dapat menafaatkan kemudahan yang telah disediakan. Ucapan terima kasih dirakamkan di atas usaha En Nik Azrul tersebut.Tidak lupa juga Ucapan terima kasih kepada murid-murid yang telah membantu menjayakan program ini. Semoga SMK Seri Selayang seiring dalam menuju kejayaan dalam 1BestariNet.

Sesi pendaftaran peserta guru

Barisan guru mendaftar untuk kursus

Kursus Asas ICT


Baru bermula


Sudah bersedia untuk 1BestariNet

Guru sedang mengaplikasikan maklumat

Guru SMK Seri Selayang sentiasa bersemangat

Hadiah untuk pemenang : Pn Nor Azwa

Maklumat dicatat

Pn Hjh Sharizan dan Ustazah Azlina

Demonstrasi memasang kabel

Bantuan murid kepada guru

Kerjasama terjalin antara guru


Mulakan dengan doa - Ustaz Mohd Tuah

En Nik Azrul - penceramah Asas Komputer

persedian setting

alatan sudah sedia

murid-murid yang membantu

sabar menanti ilmu

siap sedia

ceria menerima ilmu


En Nik Azrul menunjukkan komponen komputer

No comments:

Followers