" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Wednesday, October 31, 2012

Kembara Sejarah Program Selepas PMR (:


KAMI  SUKA SEJARAH
barisan fasilitator dan GKMP Kemanusiaan Pn Hjh Masni

Alhamdulillah, Program Kembara Bersama Sejarah telah menyaksikan murid-murid tingkatan 3 SMK SERI SELAYANG telah memberikan komitmen yang sangat baik dalam konteks bekerjasama dalam satu pasukan. Yang lebih menarik program ini telah dikendalikan sendiri oleh murid-murid tingkatan 3 yang bakal menjadi pemimpin di tingkatan 4 nanti. Ini merupakan salah satu latihan kepimpinan secara tidak langsung. Bermula dengan menyusun idea, mengatur strategi permainan, undang-undang permainan dan penentuan pemenang juga dikendalikan oleh mereka. Kini baru mereka menyedari betapa sukarnya mengendalikan program jika murid tidak memberi tumpuan dan tidak bekerjasama. Walaubagaimana pun tahniah kepada kumpulan fasilitator ini yang begitu komited dalam menjalankan amanah sebagai perantara dalam menjayakan Program Kembara Sejarah. Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua murid yang hadir dalam program tersebut. Saya selaku GKMP Kemanusiaan berharap semua murid SMK SERI SELAYANG  akan menjadi warganegara yang sayang kepada diri, keluarga, masyarakat serta negera. 




hadiah kepada pemenang oleh GKMP Kemanusiaan Pn Hajjah Masni

Suraya selaku fasilitator sedang memberi arahan

murid-murid mendengar arahan

permainan sudah bermula

kerjasama terserlah dalam kumpulan

point kembara sejarah

murid sedang memilih abjad

hasil kerja kumpulan


Raja Ain - cek point abjad

hasil penat lelah

hasil kerja terkumpul







No comments:

Followers