" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Tuesday, July 17, 2012

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat SMK Seri Selayang 2012 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara yang ke 55 tahun.

Kempen Kibar Jalur Gemilang telah disempurnakan pada 17 Julai 2012 yang diterajui oleh Bidang Kemanusiaan. Panitia PJPK di bawah pimpinan Puan NorAzwa dibantu oleh En Zaforalah dan En Azian dengan kerjasama Sport's Crew dan wakil unit uniform telah mempersembahkan satu upaca penyerahan bendera Malaysia yang penuh simbolik kepada Pn Hajjah Nooruslaini binti Mohd Nor selaku Penolong Kanan bagi menyempurnakan kempen ini.
Amanat Kempen Kibar Jalur Gemilang telah di sampaikan oleh Pn Hajjah Masni binti Zawawi selaku Guru Kanan Kemanusiaan. Semangat Patriotik ini perlu diterjemahkan dalam bahasa yang mudah agar setiap murid dapat melaksanakan peranan mereka secara berkesan sebagai warganegara Malaysia.  Contoh paling mudah, menjadi murid yang bersahsiah baik, mematuhi ajaran agama dan peraturan sekolah serta menghormati guru-gurunya. InsyaAllah, murid ini akan menjadi generasi yang akan menyambung kesinambungan kemerdekaan negara dan mengisi kemerdekaan dengan banyak kegemilangan yang akan tercipta. pada masa hadapan. Amin..


























No comments:

Followers