Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat SMK Seri Selayang 2012 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara yang ke 55 tahun.
Kempen Kibar Jalur Gemilang telah disempurnakan pada 17 Julai 2012 yang diterajui oleh Bidang Kemanusiaan. Panitia PJPK di bawah pimpinan Puan NorAzwa dibantu oleh En Zaforalah dan En Azian dengan kerjasama Sport's Crew dan wakil unit uniform telah mempersembahkan satu upaca penyerahan bendera Malaysia yang penuh simbolik kepada Pn Hajjah Nooruslaini binti Mohd Nor selaku Penolong Kanan bagi menyempurnakan kempen ini.
Amanat Kempen Kibar Jalur Gemilang telah di sampaikan oleh Pn Hajjah Masni binti Zawawi selaku Guru Kanan Kemanusiaan. Semangat Patriotik ini perlu diterjemahkan dalam bahasa yang mudah agar setiap murid dapat melaksanakan peranan mereka secara berkesan sebagai warganegara Malaysia. Contoh paling mudah, menjadi murid yang bersahsiah baik, mematuhi ajaran agama dan peraturan sekolah serta menghormati guru-gurunya. InsyaAllah, murid ini akan menjadi generasi yang akan menyambung kesinambungan kemerdekaan negara dan mengisi kemerdekaan dengan banyak kegemilangan yang akan tercipta. pada masa hadapan. Amin..
No comments:
Post a Comment