Alhamdulillah pelancaran Ihya' Ramadan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En Samsuki bin Sudin pada 20 Julai 2012 bersamaan 30 Syaaban. Tepat pada waktunya Panitia Pendidikan Islam telah merancang aktiviti bagi menyemarakkan Ramadan dalam diri setiap warga SMK Seri Selayang termasuklah murid Pendidikan Moral. Kuiz Ramadan yang hanya dibuka untuk murid Pendidikan Moral membuktikan toleransi beragama berjaya diterapkan dalam pendidikan di SMK Seri Selayang. Terbukti murid-murid Pendidikan Moral memahami maksud Ramadan dan tanggungjawab orang Islam untuk menunaikan fardhu puasa dalam bulan yang sangat mulia ini. Mereka dapat menjawab semua soalan berkaitan Ramadan dengan tepat setelah mendengar penerangan mudah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Tuah dalam bahasa yang mudah dan senang difahami. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam di bawah pimpinan Pn Hjh Najwa binti Fadhil bersama semua GPI yang berjaya melaksanakan pelancaran seterusnya memastikan semua aktiviti sepanjang Ramadan berjaya dengan lancarnya. Terima kasih kepada barisan panel tazkirah Ramadan yang di ketuai oleh Tuan Pengetua yang telah berkongsi ilmu untuk menyemarakkan lagi Ramadan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadan tahun ini merupakan Ramadan terbaik bagi kita semua,amin.
No comments:
Post a Comment