" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Tuesday, February 11, 2014

 Cara Menggunakan Buku Teks Digital




Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan buku teks digital bagi memudahkan semua murid dan guru mengakses di mana-mana. Saya ingin berkongsi bagaimana hendak menggunakan buku teks digital ini.Buku ini boleh diakses melalui VLE FROG.

Langkah pertama

Pastikan anda mempunyai akaun vle frog dan mengetahui url vle sekolah anda

cth: https://bea7612.1bestarinet.net ( url ini bebeza bagi setiap sekolah)

Langkah dua

Apabila anda dah log in ke vle frog,anda perlu klik pelancar pantas. seperti rajah di bawah

Langkah Tiga
Anda perlu memilih menu frogstore seperti dalam rajah di bawah.
 Langkah empat
Di dalam frogstore anda perlu memilih menu books seperti rajah di bawah.Anda boleh add seberapa banyak buku yang ada suka.
Langkah lima
Anda perlu add buku yang anda perlu. Apabila add buku tersebut masuk ke dalam rak buku anda.
Langkah enam

Apabila anda hendak menggunakan buku tersebut anda hanya perlu ke pelancar pantas dan klik rak buku. seperti rajah di bawah.


Di site ini terdapat semua buku yang telah anda add dari frogstore.

Selamat mencuba.

 * Nota ( Walaubagaimanapun buat masa ini bukan semua buku teks terdapat dalam frogstore) 

No comments:

Followers