" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Thursday, August 30, 2012

Sambutan Kemerdekaan 2012

SEKALUNG TAHNIAH  kepada semua guru di bawah BIDANG KEMANUSIAAN yang telah bertungkus lumus menjayakan sambutan kemerdekaan. Setinggi-tinggi tahniah kepada En Azian dan guru-guru praktikal serta murid-murid yang telah menyumbang dalam semua acara persembahan. Persembahan yang sangat padat dan mantap serta telah mendapat pujian daripada pengetua dan guru-guru yang hadir. Terima kasih kepada KRS dan  Kadet Polis yang sentiasa bersedia memberikan kerjasama terbaik setiap kali upacara. Terima kasih kepada penyajak yang telah mendeklamasikan sajak dengan nada yang bertenaga dan memukau hadirin. Tidak lupa kepada semua "sports crews" yang sentiasa seiring memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam melancarkan perjalanan program. 

Terima kasih kepada Tuan Pengetua yang telah merasmikan acara sambutan kemerdekaan dan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali bagi mengulangi nostalgia kemerdekaan yang telah di lalui oleh datuk nenek kita satu ketika dahulu. Diharap teriakan merdeka itu menjadi INSPIRASI kepada semua warga  SMK Seri Selayang bagi mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam semua aspek pendidikan. Kepada anak-anak didik, kami para guru sangat berharap anda akan menjadi pewaris negara yang akan memacu negara ke arah yang lebih gemilang.  MERDEKA!









No comments:

Followers