" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Monday, July 9, 2012

Salam Ramadhan:)

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Kita sudah hampir ke penghujung bulan Syaaban bermakna Ramadhan yang dinanti akan tiba. Berdoalah sebagaimana yang ajar oleh nabi kita,Ya Allah berkatilah kami di bulan syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.. Adakah kita sudah bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini? Mari kita muhasabah diri...Kalau selama ini kita berpuasa kerana ikut-ikut aje, bermakna kita berpuasa kerana adat. Orang puasa kita pun puasa. 


Kita kena faham antara ibadat dengan adat. Ibadat dibuat atas perintah Allah yang terikat dengan 5 hukum. Wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Hukum berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib ke atas semua orang beriman yang baligh dan cukup syaratnya. Jika ia ditinggalkan dengan sengaja berdosa. Maka ayuh anak-anak SMK Seri Selayang mari kita lihat dalam diri kita adakah kita sudah menyediakan diri untuk beramal dengan sebaik-baiknya dalam Ramadhan yang bakal tiba? Jika belum,anda masih belum terlambat. Jom cari ilmu!!



No comments:

Followers