" BERSAMA MEREALISASIKAN WAWASAN "

MISI :- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara :: VISI :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera :: MOTTO :- Cintai Ilmu Citakan Kecemerlangan :: PIAGAM PELANGGAN :- Memastikan Semua Murid Mendapat Pendidikan Yang Cemerlang Secara Holistik
Ingin maklumat info smk seri selayang dengan lebih mudah!!
hanya mempunyai aplikasi telegram di app store sila klik link ini https://telegram.me/smkseriselayang

semua guru, ibubapa , murid boleh dapatkan info dari pentadbir

PENGUMUMAN * Berita Terkini






MAKLUMAT UNTUK SEMUA:


* Perubahan email SMK Seri selayang bermula 30/09/2016 Semua email perlulah dialamatkan kepada email rasmi yang baru iaitu bea7612@moe.edu.my harap Maklum.

.

TERKINI

tiada makluman









INFO PENGUMUMAN

Pihak AJK Laman Web Sekolah memohon maaf sekiranya informasi & pengumuman yang dipaparkan pada muka laman ini kurang terperinci. Untuk pengetahuan semua, pengumuman di muka laman utama (frontpage @ home) laman web rasmi ini hanya bertindak sebagai sokongan kepada pengumuman sedia ada. Bagi memperolehi maklumat & pengumuman yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk, hadirkan diri atau baca pada perkara di bawah :



Bagi para pelajar, segala maklumat terperinci berkaitan apa jua aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di sekolah SMK SERI SELAYANG sepanjang minggu akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi sistem siaraya (P.A. System) pada perhimpunan mingguan (hari Isnin sahaja) dan perhimpunan harian (setiap hari selain hari isnin) di tapak perhimpunan (Dataran SMEKSES). Bagi aktiviti / program rasmi sekolah, lazimnya surat edaran juga akan disebarkan oleh pihak sekolah kepada setiap murid (untuk makluman murid & ibu bapa / penjaga).
Bagi guru, segala maklumat berkaitan aktiviti / program / majlis dsb. yang membabitkan SMK SERI SELAYANG, boleh dirujuk terus pada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

Wednesday, August 4, 2010

KALIMAH ALLAH

DOA YANG DIBACA KETIKA MAJLIS PERPISAHAN DENGAN PENGETUA(PN WAN SABERINA BT WAN MUSA) DAN TERTERA DI AWAN KALIMAH ALLAH...SUBHANALLAH.. "Tiada Tuhan melainkan Allah yang wujud sepanjang zaman. Tiada Tuhan melainkan Allah yang disembah pada setiap tempat. Tiada Tuhan melainkan Allah yang disebut oleh semua lisan. Tiada Tuhan melainkan Allah yang dikenali dengan kebaikan. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang pada setiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbir makhluknya). Tiada Tuhan melainkan Allah, kurniakanlah keamanan, keamanan daripada kehilangan iman dan fitnah syaitan. Wahai Tuhan yang Qadim sifat ihsannya! Telah berapa banyak kebaikanMu tercurah ke atas kami. KebaikanMu Qadim. Wahai Yang Maha Penyayang dan Maha Mengurniakan! Wahai Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Pengampun dan Maha Pemaaf! Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah sebaik-baik Pengasih. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala puji tertentu bagi Allah yang mentadbir dan menguruskan sekalian alam."

No comments:

Followers