Tentang Tahun Baru Cina
"Selamat Tahun Baru" dalam bahasa Tionghoa diungkapkan dengan ucapan "Xin Nian Kuai Le" atau "Gong Xi Fa Cai".
Xin Nian Kuai Le 新 年 快 樂.
Xin Nian bererti Tahun Baru. Xin bererti baru dan Nian bererti tahun.
Kuai Le bererti kebahagiaan, suka cita, kesukaan, menyenangkan, atau perasaan gembira.
Jadi, "Happy New Year" dalam bahasa Inggeris menjadi "New Year Happy" dalam bahasa Tionghoa : Xin Nian Kuai Le.
Xin Nian Kuai Le ini adalah ungkapan yang asli dalam mengucapkan Selamat Tahun Baru Tionghoa.
Ungkapan yang lebih umum bagi orang-orang business (pedagang) untuk saling memberi ucapan pada awal tahun baru Tionghoa adalah : Gong Xi Fa Cai.
Gong Xi Fa Cai 恭 喜 发 财
Ungkapan yang paling umum dalam mengucapkan Selamat Tahun Baru adalah Gong Xi Fa Cai (Mandarin) dan Gong Hey Fat Choy (Cantonese). Meskipun pengucapannya sedikit berbeza, kedua-duanya ditulis /digambarkan dengan cara (kanji) yang sama.
Gong Xi bererti ucapan selamat atau mengharapkan rasa hormat untuk kesukaan (suka cita) seseorang.
Fa Cai adalah menjadi kaya atau menghasilkan wang.
Dengan demikian, Gong Xi Fa Cai bermakna mengharapkan anda menjadi makmur di tahun yang akan datang.
Ungkapan jenaka (lucu) dalam menjawab orang yang memberi ucapan Gong Xi Fa Cai adalah Hong Bao Na Lai.
Hong Bao Na Lai
Ketika orang memberi ucapan kepada anda dengan Gong Xi Fa Cai pada Tahun Baru Tionghoa, jawapan singkat adalah dengan ungkapan yang sama, iaitu "semoga anda memperoleh tahun yang membawa kemakmuran juga".
Atau, jika untuk teman dekat, orang sering berkata "Hong Bao Na Lai", ertinya "saya mohon angpau merahnya".
Hong Bao bererti angpau merah. Merah merupakan warna keberuntungan di Tiongkok. Ketika Tahun Baru Tionghoa, orang tua-tua Tionghoa memberikan hadiah wang tunai kepada anak-anaknya. Jadi, Hong Bao adalah wang keberuntungan atau hadiah wang tunai.
Na Lai bererti "Bawa kepada saya".
Berikut ini contoh percakapan berkenaan dengan Tahun Baru Tionghoa :
A mengucapkan : Gong Xi Fa Cai. Semoga anda menjadi kaya.
B menjawab : Hong Bao Na Lai. Mohon angpau merahnya. Supaya saya mulai menjadi kaya dengan memperoleh wang dari anda.
Sumber : http://goodcharacters.com/newsletters/chinese-happynewyear.html.
No comments:
Post a Comment